Sebelum dihantar tauzik ke muhafazah, pelajar-pelajar yang baru sampai ditempatkan di rumah negeri yang mana mengikut tempat asal kelahiran atau lama menetap dalam sebuah negeri di Malaysia. Aku menamat pengajian di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kelantan institusi pengajian tinggi terakhir aku sebelum menjejak kaki ke Universiti al-Azhar, Mesir maka aku datang bersama delegasi daripada Kelantan. Memang seronok sebab masih lagi berada dalam kelompok kawan yang kita kenal. Selepas 3 hari di bawah jagaan kakak-kakak yang direspect dan layanannya juga amat perfect akhirnya aku bersama 2 orang sahabat yang senegeri dimestikan untuk berpindah ke rumah negeri Kedah atau panggilan glemernya BKAN Kedah.
Al-kisahnya duduklah aku di rumah baru, suasana baru dan kawan-kawan yang langsung aku xkenal. walaupun penggunaan loghat kedah yang dirindui tak mampu menserasikan perasaanku pada waktu itu. Dugaan sungguh kerana asyik bercakap dengan hati daripada bercakap dengan orang gara-gara tak boleh ikut rentak persekitaran. Rasa tertekan hanya Tuhan yang tahu..2 lagi kawan aku langsung tak ada masalah hepi memanjang ja aku tengok. Setelah agak lama kemudian baru lah boleh masuk sikit namun sukar nak buat diri rasa betul-betul selesa.
Aku tahu 3 bulan selepas ni akan dipindahkan pula ke muhafazah yang di mohon. Tak pernah termiss dalam setiap doa selepas solatku minta Allah jodohkan aku dengan ahli rumah yang boleh memberi aku rasa bahagia dan membantu mencapai matlamat dan hajat aku. Alhamdulillah sejuta syukur dipanjat kehadrat Allah kerana mendengar doaku. Hadafku adalah menambah ilmu kemahiran yang aku kurang tentangnya antaranya skill memasak dan belajar jahit. Tetapi di sini bukan takat itu saja bahkan lebih lagi. kemahiran dan kebolehan mereka pelbagai dan mereka juga bukan bakhil untuk kongsi ilmu dan dengan orang lain. Tak sangka aku juga boleh belajar berniaga yang tak pernah pun terlintas nak belajar. alhamdulillah ia satu tambahan yang juga pakej dalam melengkapkan sahsiah diri. Manalah tahu suatu hari nanti aku jadi ustazah dan juga buat bisnes.
Pada awal kedatangan ke kota Iskandariah berstatus adik baru walaupun hakikatnya umur ku bukan lagi muda, aku rasa sangat gembira. Menerima dan memberi kasih sayang kepada
Wednesday, 24 February 2010
Friday, 19 February 2010
Resepi kek pisang
Bahan-bahan
- 3 biji pisang
- 1 1/2 gula dikisar halus
- 3 biji telor
- secubit garam
- 1 sudu esen vanila
- 1 sudu soda bikarbonat
- 1 cawan minyak
- 2 cawan tepong
cara-caranya:
- Lenyek pisang (dalam satu bekas)
- blender gula n telor
- masukkan garam,soda bikarbonat dan esen vanila. blender
- masukkan minyak. blender lagi
- masukkan tepong pulak. kalau tak blender pun tak mengapa.
- campurkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama pisang yang telah dilenyek tadi
- kemudian masukkan adunan dalam bekas dan bakar dalam ketuhar dengan suhu 150 celsius dan 45 minit.
- kalau bakar mengguna tefal dan dapur biasa, tempoh bakar selama 1 jam dengan api yang sangat perlahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)